Mahasiswa Diingat Tidak Terpedaya Kehidupan Di Kota - Kampus | mStar

Mahasiswa Diingat Tidak Terpedaya Kehidupan Di Kota

KUALA LUMPUR: Mahasiswa, terutama mereka yang baru menjejak kaki ke institusi pengajian tinggi hari ini diingat supaya tidak mudah terpengaruh dengan keseronokan hidup di kota raya, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kuliah dan pelajaran.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) Tan Sri Arshad Ayub berkata lokasi kebanyakan universiti khususnya UM yang terletak di tengah ibu kota menyebabkan mahasiswa mudah terpengaruh dan terpedaya dengan keseronokan kota yang sia-sia.

Beliau berkata generasi muda masa kini lebih cenderung membuang masa dengan melepak dan berpesta sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penuntut harapan keluarga.

"Ini termasuklah melepak di tempat berstatus tinggi seperti Starbucks, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood dan banyak lagi kelab sosial yang boleh menganggu tumpuan pengajian di universiti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Haluansiswa dan Upacara Lafaz Akujanji pelajar baru UM di sini hari ini.

Arshad berkata kebebasan yang diperoleh semasa di universiti harus diurus dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.

"Jika kebebasan ini tidak diurus engan baik, terdapat masalah yang datang termasuklah dalam bentuk kejutan budaya," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi AmanahRaya Investment Bank (Malaysia) mengingatkan mahasiswa agar menguruskan biasiswa atau pinjaman yang diperoleh dengan baik dan tidak menyalahgunakannya.

Arshad berkata masalah penyalahgunaan wang mahasiswa adalah disebabkan keghairahan mereka untuk memiliki gajet model terkini, yang kebanyakannya boleh mengganggu dan menghakis minat membaca di kalangan penuntut.

"Cabaran teknologi masa kini seperti facebook, Skype, SMS, Twitter dan sebagainya tidak menggalakkan penggunaan bahasa yang baik, malahan melekakan sehingga waktu yang diperuntukkan untuk membaca tidak dimanfaat sebaik mungkin," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain