IPT Dipelawa Buka Kampus Cawangan Di Perak - Kampus | mStar

IPT Dipelawa Buka Kampus Cawangan Di Perak

TAIPING: Kerajaan negeri Perak membuka tawaran kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara untuk membuka kampus cawangan mereka di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada mana-mana IPT yang berminat untuk mendapatkan kawasan yang sesuai.

"Tawaran ini adalah selaras dengan hasrat menjadikan Perak sebagai pengeluar utama dan pembekal modal insan kepada pasaran tempatan dan luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Terdahulu, beliau merasmikan Hospital Taiping sebagai hospital latihan bagi program perubatan usahasama antara Allianze College of Medical Sciences (ACMS), National University of Ireland, Galway (NUIG) dan University College Cork (UCC).

Menurutnya tawaran itu mendapat maklum balas positif dari IPT termasuk perbincangan dengan International Premier University, sebuah universiti perubatan dari India.

Zambry berkata, dua lagi IPT lain berminat untuk membuka kampus di Tronoh dan di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga bercadang membuka kampus ketiganya di Perak iaitu di kawasan Bagan Datoh selepas kampus Seri Iskandar dan kampus Tapah.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaiktaraf Hospital Parit Buntar dalam Rancangan Malaysia ke-10.

"Kita juga minta Hospital Perak Tengah dibina pada tahun ini dan kita telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM300 sebagai kos tambahan untuk Hospital Tuanku Bainun di Ipoh," katanya.

Mengenai program di Hospital Taiping, katanya sebanyak RM189 juta akan dibelanjakan bagi pembinaan bangunan baru yang dilengkapi dewan bedah dan wad unit kawalan rapi bagi kemudahan pelajar perubatan menjalani latihan.

Pelajar yang mengikuti program perubatan berkembar selama lima tahun itu akan mengikuti pengajian pra-klinikal selama 30 bulan di NUIG atau UCC di Ireland dan baki 30 bulan di Hospital Taiping di bawah ACMS. - BERNAMA

Artikel Sebelum

IPT Diminta Tumpu Program Jalinan Masyarakat

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa