suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RMK-10 Upayakan Sektor Pengajian Tinggi - Khaled

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan mengupayakan lagi sektor pengajian tinggi dengan tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan bukan fizikal.

Beliau berkata, penumpuan yang diberikan kali ini kepada pembangunan intelektual mengambarkan hasrat kerajaan untuk mengutamakan soal modal insan khususnya melalui strategi keempat iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Selain itu pemilihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah lagi universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Khaled berkata, pengiktirafan kerajaan ke atas ahli akademik juga dapat dilihat melalui pembentukan Majlis Profesor Negara (MPN) dan keputusan kerajaan untuk mewujudkan jawatan profesor kanan dan pemantapan kedudukan profesor diraja.

Artikel Sebelum

Artikel Lain