suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

USM Hasil Agen Penjerap Logam Berat Bagi Rawatan Air

PULAU PINANG: Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan agen penjerap sisa buangan dikenali 'Lignozorp' menggunakan sisa pertanian bagi merawat air dengan kos paling rendah.

Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kimia Prof Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim berkata 'Lignozorp' mampu mengurangkan nilai keperluan oksigen kimia (COD) dan keperluan oksigen biologi (BOD) dalam air buangan.

"Lignozorp dihasilkan daripada tandan kelapa sawit kosong yang diekstrak menjadi 'lignin', disifatkan serampang dua mata bertujuan mengatasi masalah berkaitan pembuangn sisa pertanian khususnya di kilang sawit.

"Bahan ini juga mampu mengitar semula sisa pertanian itu kepada produk bernilai tinggi yang mampu menyelesaikan satu lagi masalah pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran logam berat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Produk itu dijangka berada di pasaran mulai tahun depan.

"Kita masih menunggu mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi rakan kongsi bagi penghasilan bahan ini. Kos bagi menghasilkan bahan ini ialah RM4 sekilogram," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain