Pensyarah UPM Menang Sayembara Puisi Kenang Tun Abdul Razak - Kampus | mStar

Pensyarah UPM Menang Sayembara Puisi Kenang Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR: Pensyarah Jabatan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman memenangi wang tunai RM1,500 apabila puisinya "Lelaki Mawar Di Puncak Tamadun" menjuarai kategori dewasa Sayembara Menulis Puisi Mengenang Tun Abdul Razak 2009 anjuran Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Shamsudin, anak kelahiran Tangkak, Johor, yang merupakan penyair puisi moden negara, menewaskan Ahmad Hashim bagi puisinya "Kerinduan Ini" yang mendapat tempat kedua, manakala karya Wahyu Budiwa Rendra Abd Wahid bertajuk "Tun Razak: Bapa Pembangunan Karyawan Agung" memenangi tempat ketiga.

Dekan Fakulti Penulisan Aswara, Datuk Dr Anwar Ridhwan dalam satu kenyataan di sini berkata, pertandingan sayembara itu mendapat sambutan penulis pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini menunjukkan penyair mewakili rakyat Malaysia sentiasa menyanjung dan mengenang negarawan seperti Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak," kata Anwar.

Sementara itu, bagi kategori IPTA/IPTS, Zulfazlan Jumrah memenangi tempat pertama dan ketiga bagi kedua-kedua karyanya "Nakhoda Bangsa II" dan "Sebutir Permata Di Taman Nusantara", diikuti karya Siti Rabiatul Adawiyah Abdul Hadi, "Madukara Di pohon Persada" memenangi tempat kedua.

Juara bagi kategori sekolah menengah pula adalah Aimi Nur Syahirah Mohd Aimi Zaimi bagi puisi "Tun Abdul Razak: Legasi Patriot Bangsa", manakala tempat kedua dimenangi oleh Azea Atirah Mohd Don bagi karya "Jasamu akan Kukenang" dan Ella Syameen Abu Shuja menang tempat ketiga bagi puisi "Pahlawanku".

Lima karya daripada setiap kategori juga akan menerima hadiah saguhati dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dilangsungkan di kampus Aswara tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Enam Kampus Baru UiTM Dibina Tahun Ini

Artikel Berikut

UiTM, Jawhara Hotels Meterai MoU Program Latihan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain