suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiti Terbuka Tawar Kursus Pengurusan Perniagaan Dalam Bahasa Tamil

KUALA LUMPUR: Universiti Terbuka Malaysia menawarkan kursus Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan dan Logistik dalam Bahasa Tamil dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat India menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, buat permulaan kursus itu telah menarik 108 penuntut bagi pengambilan pertamanya dan mensasarkan 2,000 penuntut untuk pengambilan seterusnya.

"Seperti yang kita tahu masyarakat India di Malaysia agak ketinggalan, maka kita harap dengan adanya kursus ini masyarakat India mampu berdikari dengan membuka perniagaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus itu di kampus Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, kursus yang mengambil masa sehingga 10 bulan itu akan menggunakan 10 modul berkaitan perniagaan dan logistik. - BERNAMA

Artikel Lain