suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswa Pengajian Pendidikan IPTA Ambilan Terakhir

KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) yang akan tamat pengajian antara Jun hingga Ogos tahun ini merupakan ambilan terakhir.

Ia melibatkan 97 mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), 64 di Universiti Malaya (UM) dan 95 di Universiti Sains Malaysia (USM), dan kebanyakan mereka kini berada dalam semester terakhir.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, ambilan terakhir untuk program itu adalah pada Jun 2006 apabila Kabinet memutuskan Kementerian Pengajian Tinggi hanya menumpukan pada program pengajian pendidikan sekolah menengah, manakala pendidikan sekolah rendah dipelopori oleh Institut Pengajian Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran.

"Oleh sebab itu isu IPTA menawarkan program pengajian pendidikan sekolah rendah tidak timbul. Kita akur apa yang diputuskan bersama. Apa yang dibuat (adalah) berdasarkan keputusan Kabinet," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, IPTA tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah), memandangkan ia telah ditawarkan oleh IPG.

Menurut Dr Mohd Puad, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur dan tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

Radin Umar yakin isu itu dapat diselesaikan secara muafakat dan melalui perbincangan yang sering diadakan di antara kedua-dua kementerian. - BERNAMA

Artikel Lain