suria

Sayur lodeh kuah masak lemak

JIKA anda terfikir mengenai menu untuk berbuka puasa, sayur lodeh dengan kuah masak lemak ini merupakan pilihan yang tepat.

(Hidangan untuk 5 orang)

180 gram kuah masak lemak Brahim's
8 keping kek ikan
15 gram mee soo hoon
40 gram kacang Perancis, potong 3cm 
Lobak merah 50 gram
50 gram kubis bunga
Tauhu goreng 50 gram

Cara penyediaan

1) Rendam soo hoon dalam air sehingga lembut.

2) Panaskan kuah masak lemak Brahim's dalam periuk dan tambah semua bahan kecuali soo hoon dan tauhu.

3) Apabila sayuran sudah masak, tambahkan soo hoon dan tauhu. Hiaskan mengikut kesukaan anda dan boleh dihidangkan.
sayur lodeh

Artikel Lain