Ayam Goreng Madu - Jamu Selera | mStar

Ayam Goreng Madu

Ayam goreng madu.
JIKA inginkan kelainan dalam hidangan untuk rumah terbuka Adilfitri anda, apa kata cuba resipi ayam goreng madu.

Selain rasanya yang enak, aroma bahan kisar dan salutan madunya pasti digemari ramai.

Malah ia juga mudah dan cepat disediakan.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)

kicap manis

2 sudu besar madu

Bahan kisar:

2 cm kunyit

2 cm halia

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 btg serai

Cara penyediaan:

Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.

Goreng sehingga ayam masak/keperangan.

Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.
ayam goreng madu

Artikel Sebelum

Sup Tulang Ala Chef Wan

Artikel Berikut

Biskut Mazola

Artikel Lain