suria

Kambing Panggang Bersama 10 Rempah Di Le Meridien

Kambing Panggang.

TIDAK pernah kalah dengan pelbagai masakan utama setiap kali menjelang Ramadan, kali ini restoran Pool Bar & Grill @8 di Hotel Le Meridien sekali lagi menyajikan beberapa hidangan yang jarang ditemui pada hari-hari biasa.

Hidangan paling istimewa yang menjadi menu wajib setiap kali menyambut bulan mulia ini ialah kambing panggang yang menggunakan 10 jenis rempah ratus, antaranya sos jintan putih dan bawang putih, jeli pudina, cili padi dan pes cili jawa.

Ia merupakan hidangan utama yang ditunggu-tunggu pada setiap Ramadan.

Bertemakan masakan tradisional Melayu hidang pembuka selera yang disediakan adalah salad Melayu yang terdiri daripada beberapa jenis kerabu bersama ayam, gajus, betik muda, dan pes cili belimbing besi.

Pelbagai jenis sambal dan sos yang disediakan tentunya menambah selera pengunjung restoran ini.

Tidak ketinggalan, makanan 'goreng-goreng' seperti cucur udang yang disediakan chef hotel atas permintaan pelanggan. Lebih menarik apabila ia ditempatkan di satu sudut yang dihias ala kampung.

Selain itu, bagi pengunjung yang mahu lari daripada masakan Melayu boleh mencuba makaroni panggang dengan ayam cajun dan kentang lenyek. Turut disajikan masakan India, Cina dan Jepun sebagai pilihan.

Ketua Chef Budiman berkata, resipi yang dihidangkan, kebanyakkan diperoleh daripada ibunya yang berasal dari Kedah.

"Rahsia resipi turun temurun daripada ibu kesayangan yang mana beliau merupakan individu yang mempengaruhi setiap air tangan saya," ujarnya.

Harga bagi bufet Ramadan Le Meridien adalah RM110 seorang dan RM55 bagi kanak-kanak. Bagi yang berminat dinasihat untuk membuat tempahan awal dengan menghubungi 03-22637434.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Puding Karamel Lemak

Artikel Lain