suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agar-Agar Laici

AGAR-agar laici sangat enak dimakan ketika cuaca panas. Ia merupakan hidangan pencuci mulut yang mudah disediakan.


Bahan-bahan:

1 paket agar-agar kering

1 1/2 cawan gula

5 cawan air

2 helai daun pandan

1 tin susu cair

1 tin laici

Cara Penyediaan:

Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.

Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut.

Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.

Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.

Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.

agar-agar laici

Artikel Sebelum

Sup Tulang Ala Chef Wan

Artikel Berikut

Biskut Nestum

Artikel Lain