suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apam Nasi

JIKA ada lebihan nasi semalam, apa kata cuba resipi Apam Nasi untuk dinikmati bersama keluarga semasa sarapan pagi.

Bahan-bahan:

2 cawan nasi putih

2 cawan air - atau ikut paras air di dalam blender nanti

3/4 cawan gula

1 cawan tepung beras

8 gram yis

sedikit pewarna hijau

sedikit minyak untuk glis pada acuan 

acuan lompang 

Sedikit kelapa parut yang digaul sedikit garam 


Cara-caranya:

Mula-mula rendam nasi semalaman dan apabila pagi, toskan airnya. masukkan di dalam pengisar (blender) nasi dan air. 

Pastikan paras air melebihi nasi, maksudnya air tu tak boleh kurang dari kuantiti nasi. Masukkan lebih kurang 2 cawan air, kemudian blender hancur, selepas itu masukkan gula dan tepung beras blender lagi.

Setelah semuanya sebati dan siap dikisar, curahkan bahan yang dikisar tadi di dalam bekas dan masukkan yis dan beberapa titik pewarna hijau.

Tutup bekas dengan plastic wrap dan perap adunan selama 5 jam atau lebih. Gliss acuan lompang dengan sedikit minyak.

Adunan di kacau sedikit dan sudukan di dalam acuan lompang sehingga paras 3/4 acuan.

Biarkan sebentar lagi sehingga adunan naik sehingga agak penuh, panaskan pengukus dan kukus apam selama 8 minit.

Keluarkan apam dari acuan dan letakkan kelapa parut di atasnya.



apam nasi

Artikel Sebelum

Kari Ayam Mumbai

Artikel Berikut

Mee Kari

Artikel Lain