suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bebola Cornflakes dan Buah Kurma

JIKA mudah dihasilkan seperti resipi ini, apa kata diajak si kecil bersama-sama untuk menyediakan biskut ini.


Bahan:

100 gm mentega

100 gm gula castor

250 gm buah kurma - dipotong kecil

500 gm cornflakes

250 gm kelapa kering

190 ml susu pekat manis 

1 sudu teh esen vanila

secubit garam

Cara:


Pukul mentega dan gula selama lima minit. Masukkan buah kurma, cornflakes, kelapa kering dan garam dalam mangkuk. 

Tuangkan susu pekat manis dan esen vanila di dalamnya. Perlahan-lahan gaulkan mentega dan gula yang dipukul hingga sebati. 

Bentukkan bebola dan aturkan di atas tin pembakar. Bakar hingga kekuningan dengan kepanasan 120C selama 15 minit.
bebola cornflakes kurma

Artikel Sebelum

Mee Kari

Artikel Berikut

Lontong Johor

Artikel Lain