Ikan Lampam Bersalut - Jamu Selera | mStar

Ikan Lampam Bersalut

Ikan Lampam Bersalut

SUNGAI Lampam memang wujud dan ia terletak di Teluk Intan, mungkin juga dinamakan begitu kerana banyak ikan lampam di sungai itu.


Resipi ini juga dihidangkan dengan bahan asasnya adalah ikan lampam yang juga sedap dijadikan pekasam.

Ikan Lampam Bersalut 


Bahan:
1 ekor ikan lampam
2 sm halia - dikisar
15 ulas bawang merah - dikisar 
8 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
5 batang serai - dikisar 
1 kuib tomyam
7 cili padi - dititik
1 cawan santan
minyak masak
sedikit kunyit
7 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam dan kunyit sebelum digoreng. Panaskan minyak dan tumis  bahan yang dikisar. Masukkan kiub tomyam, santan, gula dan garam. Sebatikan sebelum dimasukkan ikan yang digoreng tadi dan biar mendidih. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan cili padi.
Ikan Lampam Bersalut

Artikel Sebelum

Sotong Goreng Cili Padi

Artikel Berikut

Ayam Goreng Kicap

Artikel Lain