Hanya perlu bersihkan sotong lebih awal dan sedia untuk dimasak sekembalinya ke rumah untuk hidangan berbuka puasa anda.
Bukan saja mudah, malah ia amat menyelerakan.
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 biji bawang besar Holland - hiris bulat
3 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata.
Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus.
Bila cili dan bawang mula layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


