suria

Bagaimana Sarapan Membantu Mulakan Hari Anak Anda?

KEBANYAKAN kita mempunyai pengalaman terleka, seperti mencari gelas minuman sedangkan ia cuma terletak di atas kepala, atau memasukkan anak kunci di dalam peti sejuk ketika sebenarnya hendak menyimpan susu yang dipegang di tangan kiri. Seperti biasa dengar?

Kemungkinan kejadian seperti ini terjadi lebih tinggi jika anda tidak bersarapan. Ini cuma salah satu daripada banyak lagi kepentingan sarapan.

Sebagai ibu yang bekerja atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak untuk diuruskan setiap pagi (selain perlu uruskan diri sendiri), pilihan untuk tidak bersarapan mungkin menjimatkan masa.

Bagaimanapun, untuk kanak-kanak, sarapan memainkan peranan yang lebih penting dalam tumbesaran mereka. Dengan sarapan ringkas sebiji pisang dengan segelas MILO UHT merupakan permulaan hari yang sihat, dan ia lebih baik berbanding perut kosong.

Sebagai kanak-kanak yang sedang membesar dengan pelbagai fokus dan pembelajaran yang perlu dilalui setiap hari, mereka mesti mengambil sarapan. Ini sebab-sebabnya:

Sarapan membantu kepekaan

Untuk cemerlang dalam pembelajaran, kanak-kanak memerlukan tenaga untuk sentiasa peka di sekolah dan menyerap pelajaran. Memberi perhatian di dalam kelas merupakan langkah utama dalam pembelajaran, dan ia akan menjadikan ulang kaji pelajaran lebih mudah.

Ada yang percaya bahawa sarapan menyebabkan rasa mengantuk, maka menyebabkan kesan bertentangan. Kajian menunjukkan sebaliknya.

Suatu kajian dijalankan Universiti Bath untuk mengesan tahap aktiviti dua kumpulan; mereka yang bersarapan dan mereka yang tidak bersarapan. Kajian selama enam minggu itu mendapati mereka yang tidak bersarapan menjadi lebih lembap berbanding mereka yang bersarapan. Kajian itu turut mendapati mereka yang bersarapan membakar 500 kalori lebih daripada mereka yang tidak bersarapan.

Tenaga fizikal perlu dikembalikan

Kanak-kanak membesar ketika tidur, yang mana sebahagian besar tenaga mereka yang tersimpan di dalam tubuh akan digunakan. Glikogen, sejenis glukosa yang tersimpan di dalam badan, habis diuraikan selepas perlahan-lahan digunakan semalaman untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah.

Selepas berpuasa sepanjang malam, sistem tubuh kanak-kanak perlu ditambah semula untuk permulaan setiap hari. Dengan sarapan yang cukup dan berkhasiat membantu mengembalikan semula glukosa dan merangsang tenaga di dalam tubuh kanak-kanak, dan menyiapkan mereka untuk menjalani hari.

Tambahan pula, sarapan juga membantu sistem tubuh menggunakan tenaga daripada makanan lain dengan lebih berkesan sepanjang hari.

Sarapan dapat mengelakkan pemakanan snek yang tidak berkhasiat

Tidak bersarapan menyebabkan kecenderungan memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat secara berlebihan. Tanpa sarapan berkhasiat, rasa lapar semakin terasa dan lebih kerap. Ini boleh membawa kepada tabiat memakan makanan ringan yang cuma memuaskan rasa lapar dan bukannya khasiat.

Pada waktu makan tengah hari, anda akan mendapati selera membuak, yang membawa kepada makan berlebihan dan kemudian mengakibatkan kelembapan dan rasa mengantuk di sebelah petang.

Memakan makanan penting dan berkhasiat untuk sarapan boleh mengelakkan akibat-akibat ini seperti yang didapati dalam kajian. Kajian Universiti Missouri mendapati sarapan - terutamanya yang mengandungi protein tinggi meningkatkan tahap dopamine (sejenis kimia yang mengawal impuls-impuls), yang boleh mengurangkan rasa ingin mengunyah makanan atau terlebih makan.

Sarapan merupakan sumber nutrien-nutrien penting

Satu lagi sebab untuk bersarapan adalah kerana waktu sarapan adalah waktu ketika anak-anak anda menyerap nutrien-nutrien penting, seperti zat besi, kalsium, zink dan vitamin B2. Mengambil makanan yang mengandungi nutrien-nutrien ini pada waktu pagi merupakan bahagian penting untuk pengambilan nutrien harian. Sangat dinasihatkan untuk mengambil makan sihat seperti roti dan oat, bersama segelas MILO untuk memberikan nutrien yang mereka perlukan. Jika anda menginginkan idea menarik untuk menjadikan sarapan anak anda jadi lebih lazat dan dalam masa sama berkhasiat, kami mempunyai resipi cepat dan ringkas untuk anda di sini (hyperlink).

Seharusnya tiada kompromi dalam memberikan anak-anak anda pemulaan yang baik untuk hari mereka. Kajian menunjukkan sarapan yang berkhasiat penting untuk tumpuan dan pembelajaran kanak-kanak selain membendung tabiat pemakanan tidak sihat.

Jika anda mendapati pagi anda terlalu sibuk dan sarapan terlalu susah untuk dimasukkan dalam jadual anda yang padat, dapatkan sarapan berkhasiat seperti MILO yang cepat dan mudah untuk anak anda, yang datang dalam bentuk UHT dan boleh disediakan di mana-mana saja.

Untuk maklumat lanjut, layari milo.com.my

Advertisement
Milo, UHT, Universiti Bath

Artikel Sebelum

Artikel Lain