suria

MH370 Dari Kaca Mata Pengkarya Seni

Hushinaidi Abd Hamid melahirkan perasaannya berkaitan MH37 melalui karyanya.
KARYA seni biasanya didorong oleh emosi manusia. Justeru peristiwa dan tragedi besar pastinya akan mendorong kepada penciptaan hasil seni untuk dikenang masyarakat.

Terbaharu, tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu pasti meninggalkan kesan yang mendalam terutama kepada keluarga mangsa, selain masyarakat dunia secara keseluruhannya.


Karya Abdullah Jones


Malah semua pihak turut tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing.

"Apabila tragedi ini berlaku, saya terfikir untuk lakukan sesuatu," kata kurator dan pelukis, Stephen Menon.


                                      Pengunjung pelbagai lapisan menghayati hasil karya menerusi pameran 'Seeking MH370'


Justeru beliau mengetengahkan idea untuk menganjurkan pameran berkaitan kehilangan peswat malang itu yang bertajuk 'Seeking MH370' bersama 16 artis lain.

Pameran berkenaan kini berlangsung di Muzium Seni Asia  di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Menurut Menon, beliau melakukan proses penapisan karya bagi memastikan hanya koleksi hasil seni yang unik sahaja dipamerkan untuk menyatakan pandangan golongan artis berhubung tragedi itu.


                                         U-Wei Shaari mengabadikan kenangan dengan karya seni suka duka MH370


Hasilnya, sebanyak 25 karya yang merangkumi seni lukisan minyak, fotografi, media campuran dan video dipamerkan dan dirasmikan pengarah filem yang juga pelukis, U-Wei Shaari.

Ditanya mengenai matlamat pameran berkenaan, beliau menjawab dengan ringkas: "Kami hanya mahu merekodkan tragedi berkenaan".

Jelasnya, pameran itu tidak bertujuan untuk memberi penghormatan atau sebagai kerja amal, tetapi untuk memberi peluang kepada golongan artis melahirkan tafsiran mereka mengenai tragedi itu.


Pameran Seeking MH370 mengajak pengunjung berfikir nasib penumpang dan kru pesawat malang itu.


Abdullah Hamdan mempamerkan bakat dalam bidang seni menerusi Seeking MH370



Satu lagi karya Abdullah Jones yang mendapat perhatian ramai


MAS, MH370, Muzium Seni Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain