suria

Baju 'Made In Bandung' Stail Jaclyn Victor

kelebihan pada warna rambut merah Jac untuk menarik perhatian ramai dan menyerlahkan penampilannya.

SEMASA sidang media Konsert Stanza Cinta pada hujung bulan lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur, penyanyi Jaclyn Victor hadir dengan satu imej sederhana dan santai.

Jaclyn menggunakan kelebihan pada warna rambut merahnya untuk menarik perhatian ramai kerana dari jauh sudah terserlah kehadirannya pada majlis itu.

Imejnya tidak memeranjatkan dan bukan sesuatu yang luar biasa. Bagi kami, stail sebegini agak ‘sempoi’ untuk sebuah majlis sidang media yang santai.

Ketika diajukan soalan mengenai imejnya yang tampil bersama jean dan blaus longgar berwarna kelabu itu, Jac mempunyai cerita menarik mengenainya.

Jac
Jac memilih baju yang dibelinya dari Bandung untuk menghadiri sidang media Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya.

Percaya atau tidak, Jac membeli blaus itu di Bandung, Indonesia dengan harga yang tidak semahal mana.

Faham-faham sahajalah kalau baju dari Bandung. Harga tak penting tetapi biarlah pilihan baju itu sesuai dengan pemakainya.Apabila dipadankan dengan jean, ia kelihatan bersahaja.

"Saya seorang wanita yang sangat sederhana dan tidak suka berfesyen ketika di luar waktu bekerja.

"Namun kalau menghadiri sidang media selalunya saya memilih pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan tempat. Bagaimanapun jika ke majlis-majlis besar barulah saya berfesyen lebih daripada biasa," katanya kepada mStar Online.

Kata Jac lagi, jika membeli belah, dia tidak akan terkecuali memilih beberapa koleksi pakaian sopan untuk dipadankan agar bersesuaian dengan majlis-majlis tertentu kerana pakaian sedemikian amat penting baginya.

Wah...!!! Macam tak percaya apabila artis bukan Melayu seperti Jac yang memahami apa erti sopan. Tidak macam sesetengah artis lain yang selalu tampil dengan imej ‘tak cukup kain’. Opzzz!

Baru ada stailll...

Jaclyn Victor, Stail, Fesyen, Bandung.

Artikel Sebelum

Artikel Lain