suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis buru ‘content creator’ dan pasangan, buat seks atas trak pikap sedang dipandu laju

Rakaman tular memaparkan pasangan warga asing melakukan hubungan seks atas sebuah trak pikap yang bergerak laju. -Foto Thaiger

POLIS sedang giat memburu sepasang warga asing selepas satu rakaman video tular menunjukkan mereka melakukan hubungan seks di belakang sebuah trak pikap yang sedang bergerak di jalan raya.

Rakaman yang dipercayai dirakam di Jalan Bypass Phuket, dekat daerah Mueang itu tersebar meluas di media sosial Thailand sejak malam Rabu.

Video berkenaan, yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya lain, memaparkan pasangan berkenaan dalam keadaan bogel sepenuhnya di atas bahagian belakang sebuah trak pikap Ford Ranger berwarna hitam, sambil melakukan perbuatan tidak senonoh itu secara terbuka.

Trak berkenaan dilihat dipandu laju di lorong kiri sambil menyalakan lampu kecemasan.

Beberapa media tempatan mendakwa pasangan terbabit adalah warga Rusia, namun pihak polis setakat ini masih belum mengesahkan identiti mereka. 

Individu lelaki di dalam video itu disyaki seorang pencipta kandungan yang dikenali kerana menghasilkan kandungan berunsur dewasa, dan insiden itu dipercayai mungkin sebahagian daripada kandungan produksinya.

Insiden berkenaan mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat tempatan, yang menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas.

"Tangkap mereka dan hantar pulang dengan segera. Mereka harus disenaraihitamkan selama-lamanya supaya orang asing lain mengambil ini sebagai pengajaran.

"Mereka langsung tidak menghormati undang-undang Thailand," komen netizen.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes tersebut, dan identiti pasangan itu masih belum dikenal pasti. -Agensi

 

Artikel Lain