suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawah besar muncul di Bangkok! Jalan runtuh sedalam 50 meter depan balai polis, hospital

Mendapan tanah itu membentuk kawah besar sedalam kira-kira 50 meter. -Foto Nation Thailand

PENDUDUK dan pengguna jalan raya di Dusit, Thailand dikejutkan dengan kejadian tanah mendap di Jalan Samsen pada pagi Rabu.

Kejadian itu mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk di Jambatan Krung Thon.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu membentuk kawah besar berukuran 30x30 meter dengan kedalaman 50 meter selain memecahkan paip air.

Retakan turut merebak hingga menjejaskan kawasan berhampiran Hospital Vajira dan Balai Polis Samsen.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan, namun pesakit serta penduduk sekitar dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kejadian yang berlaku berdekatan tapak pembinaan Stesen Vajira (MRT baharu) itu turut mengakibatkan dua tiang elektrik serta sebuah trak tunda milik balai polis terjatuh ke dalam kawah.

Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan tempatan kini giat menjalankan kerja kecemasan bagi menstabilkan kawasan dan memulihkan semula aliran trafik secepat mungkin. -Agensi

Artikel Lain