suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati membesar dua kali ganda saiz tangan manusia, wanita ketagih alkohol maut

Pengambilan alkohol berlebihan boleh memberi kesan kepada organ. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meninggal dunia tidak lama selepas doktor menemui keadaan luar biasa pada hatinya yang membesar hingga dua kali ganda saiz tangan manusia.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum itu, wanita berkenaan dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius akibat ketagihan alkohol sehingga tidak mampu berjalan.

Dia turut disahkan menghidap polyneuropathy alkoholik, iaitu penyakit saraf yang boleh membawa maut.

Kejadian dilaporkan berlaku di Vladivostok di Rusia.

Hasil pemeriksaan lanjut mendedahkan hatinya telah membesar luar biasa.

Selain itu doktor turut mendapati keadaannya rumit dengan kegagalan buah pinggang.

“Pasukan perubatan telah berusaha menyelamatkan mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas diagnosis dibuat,” lapor akaun Telegram Baza Bazon.

Kes tersebut mencetuskan perhatian kerana ia menggambarkan kesan serius pengambilan alkohol berlebihan terhadap organ dalaman manusia, khususnya hati dan saraf.-Agensi

Artikel Lain