suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas sakit jantung maut kemalangan, ambulans hentam lori kargo ketika dalam perjalanan ke hospital

Pengguna jalan raya perlu memberi laluan kepada ambulans yang membawa pesakit. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas berusia 77 tahun meninggal dunia selepas ambulans yang membawanya terbabit dalam kemalangan, menyebabkan dia lewat tiba di hospital.

Menurut Jabatan Bomba Komaki di Wilayah Aichi, Jepun, kejadian itu berlaku sekitar pukul 11.20 pagi Isnin apabila ambulans itu bertembung dengan sebuah kenderaan kargo.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang petugas hospital patah jari.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diusung 2km melalui kawasan berlumpur, ambulans tunggu di jalan utama... Bersalin sebelum tiba di hospital

Mangsa yang sebelum itu mengadu sakit dada masih sedar ketika insiden berlaku.

Bagaimanapun, dia menghembuskan nafas terakhir selepas dipindahkan ke ambulans lain untuk dihantar ke hospital.

Hospital Perbandaran Kasugai kemudian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia akibat serangan jantung. -Agensi.

 

Artikel Lain