suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Lelaki terlelap semasa tunggang motor, pembonceng parah tercampak bawah jambatan

Tangkap layar video kejadian yang tular di media sosial.

SEORANG penunggang motosikal e-hailing dilaporkan tertidur sebelum kenderaannya terbabas, menyebabkan penumpang wanitanya tercampak dari jambatan.

Kejadian itu berlaku di Persimpangan Ratchayothin, Bangkok, Thailand, kira-kira pukul 7 pagi, Isnin. 

Menerusi perkongsian netizen [Tonton Video] di media sosial, mangsa dilihat terjatuh ke atas bumbung sebuah kereta selepas dia tercampak dari jambatan.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Kai, wanita itu mengalami cedera parah, malah cermin kereta yang dihempapnya turut pecah akibat impak kuat.

Polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Lwin Lwin Aye, seorang warga Myanmar, yang kini menerima rawatan rapi di Hospital Paolo Kaset. 

Mangsa dilaporkan masih sedar ketika dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat, namun keadaan terkininya belum dapat dipastikan.

Sementara itu penunggang motosikal yang dikenal pasti sebagai Thanaphat pula mengalami cedera ringan.

Lelaki itu mengaku tertidur ketika menunggang motosikalnya. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga sebulan, denda maksimum 10,000 baht (RM1,295) atau kedua-duanya sekali. -Agensi.

Artikel Lain