suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru sambut ulang tahun ke-28, TikToker Malik maut kemalangan kereta

Kemalangan teruk boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia.

SEORANG pempengaruh TikTok dikenali sebagai Malik Taylor dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 20 Ogos lalu.

Lebih menyedihkan, pemuda itu baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 2 Julai.

Menurut laporan TMZ, mangsa meninggal dunia selepas kereta Nissan Rogue dipandunya hilang kawalan lalu terbabas sebelum jatuh setinggi enam meter di North Carolina, Amerika Syarikat.

Pasukan paramedik yang tiba kemudian mengesahkan dia sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah dan hentakan kuat.

Malik meninggal dunia pada usia 28 tahun.

Pempengaruh yang memiliki 265,000 pengikut di TikTok itu dikenali dengan lakonan komedi 'POV' dan penjelasan mengenai budaya pop.

Ahli keluarganya turut memuat naik luahan penuh emosi di media sosial berhubung kematian TikToker itu.

Malah, ramai pengikutnya turut meluahkan rasa sedih atas pemergian itu yang dianggap mengejut.

"Benda paling menakutkan apabila kita tak tahu bila detik terakhir dengan seseorang.

"Bersemadi dengan aman, Malik.

"Semua suka video kamu. Bersemadilah Malik," tulis peminat. -Agensi

Artikel Lain