suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dirogol lebih 200 lelaki dalam tempoh 3 bulan, kanak-kanak umur 12 tahun akhirnya diselamatkan

Perogol perlu diberi hukuman berat agar jenayah seperti ini tidak berulang. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mendakwa dirinya dirogol lebih 200 lelaki dalam tempoh tiga bulan.

Kanak-kanak itu merupakan mangsa pemerdagangan manusia yang diselamatkan di India pada 26 Julai lalu.

Operasi menyelamatkan mangsa dibuat oleh polis, dengan bantuan dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Exodus Road India Foundation dan Harmony Foundation.

Menurut pengasas dan pengerusi Harmony Foundation, Abraham Mathai, mangsa dijual oleh seorang wanita selepas dia lari dari rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruteknik hadapi 52 pertuduhan serangan seksual, rogol anak kandung

"Mangsa lari dari rumah selepas gagal satu subjek di sekolah. Dia bimbang dimarahi ibu bapanya yang garang.

"Dia lari dengan mengikut seorang kenalan wanita. Wanita itu yang kemudian 'menjual' kanak-kanak berkenaan.

"Mangsa belum menginjak usia remaja, tapi zaman kanak-kanaknya sudah dimusnahkan oleh mereka yang tamak," ujar Mathai.

Dia turut menggesa polis untuk menahan semua pelaku yang terlibat dalam kes berkenaan.

Setakat ini, polis menahan 10 individu bagi membantu siasatan. -Agensi.

 

Artikel Lain