suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelempang hinggap ke muka! Lelaki India ditampar gara-gara raba pekerja seks tapi enggan bayar

Kekecohan melibatkan lelaki India dan wanita Thailand itu berlaku di Pantai Pattaya pada Isnin.

SEORANG pekerja seks bertindak menyerang warga asing selepas lelaki itu meraba payudaranya.

Kejadian melibatkan wanita warga Thailand dan lelaki India itu berlaku di Pantai Pattaya, Isnin lalu.

Menurut rakan lelaki itu, mangsa menghampiri wanita tersebut untuk bertanya harga perkhidmatan seks.

Selepas dimaklumkan bayaran sebanyak 3,000 baht (RM389), dia tiba-tiba meraba payudara wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas ketika langgan pekerja seks, lelaki 53 tahun meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital

Lelaki itu kemudian menolak perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan alasan payudaranya terlalu kecil.

Berang dengan jawapan yang diberikan, wanita itu kemudiannya bertindak menampar wajahnya.

Kekecohan itu menyebabkan pengunjung pantai menghubungi polis sebelum anggota dari Balai Polis Daerah Bandar Pattaya tiba kira-kira 11.30 malam.

Polis kemudian bertindak sebagai orang tengah dan meminta mereka berdua saling memohon maaf.

Akhirnya, mereka mencapai persetujuan secara baik di hadapan anggota polis dan tiada sebarang laporan dibuat. -Agensi.

 

Artikel Lain