suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhenti di kawasan hutan untuk buang air kecil, wanita tunggang motosikal dirogol 3 lelaki

Wanita tidak sepatutnya bersendirian di kawasan hutan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mendakwa dirogol oleh tiga lelaki ketika berhenti untuk membuang air kecil di sebuah kawasan hutan.

Menurut mangsa, dia yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk mencari lokasi yang tersorok.

Secara tiba-tiba, dia mendakwa tiga lelaki yang menaiki sebuah traktor turut berhenti di kawasan itu dan terus menyerangnya. 

Kesemua suspek terus melarikan diri selepas merogol wanita itu secara bergilir-gilir.

Mangsa membuat laporan polis pada 5 Ogos sebelum tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.

Polis turut merampas beberapa barangan termasuklah traktor yang digunakan suspek, dua telefon bimbit dan pakaian yang dipakai semasa kejadian.

Kejadian berlaku di sekitar kawasan Angul, Odisha, India. -Agensi.

 

Artikel Lain