suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa rogol anak sampai mengandung... Tergamak lempar bayi usia sehari dalam semak!

Anak luar nikah juga wajar diberi peluang untuk hidup. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan pada Ahad atas dakwaan merogol anak perempuannya yang berusia 16 tahun sehingga melahirkan seorang bayi.

Perkara itu terbongkar apabila seorang bayi berusia sehari ditemukan di dalam semak di daerah Khargone, Madhya Pradesh, India pada Sabtu.

Pegawai polis Dharamraj Meena berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti ibu kepada bayi itu yang sedang menerima rawatan di sebuah klinik.

Selepas disoal, remaja itu memberitahu polis dia baru sahaja bersalin selepas dirogol oleh bapanya yang juga seorang buruh.

Suspek juga didakwa melempar bayi itu ke dalam semak sebelum melarikan diri.

"Sampel DNA bayi, mangsa dan suspek sudah dihantar untuk ujian," kata pegawai itu lagi.

Bayi itu pada mulanya dirawat di Khargone, namun sudah dipindahkan ke Hospital MTH di Indore.

Kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). -Agensi.

Artikel Lain