suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertengkaran berakhir tragedi… Adik tergamak bakar kakak ketika solat Asar

Perselisihan faham boleh menjadi punca seseorang hilang kewarasan akal hingga sanggup membunuh. -Gambar hiasan

PERTENGKARAN yang berlaku antara dua beradik berakhir dengan tragis apabila si adik bertindak membakar kakaknya sehingga mangsa maut.

Apa yang mengejutkan, perbuatan suspek lelaki berusia 28 tahun itu dilakukan ketika mangsa yang dikenali sebagai Yayuk, 35, sedang mengerjakan solat Asar.

Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman ibu bapa mereka di Malang, Jawa Timur, pada 22 Oktober lalu.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Malang, AKP Plenten Dadang Martianto, mangsa sempat dirawat di hospital tetapi meninggal dunia lima hari selepas bertarung nyawa.

"Mangsa dan suspek telah bertengkar dan kemudian pelaku membakar mangsa yang sedang solat Asar.

"Insiden ini hanya dilaporkan kepada polis pada 28 Oktober," kata Dadang.

Menurut Dadang, suspek yang turut mengalami cedera lecur dirawat di hospital dan kini sudah ditahan.

Ujarnya, suspek berdepan dengan hukuman penjara minimun 20 tahun jika sabit kesalahan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain