suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita maut ketika keluar berjoging awal pagi, mayat ditemukan terlentang

Mayat ditemukan dibawa untuk urusan pengebumian. -Gambar hiasan

MAYAT seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan di kawasan sawah.

Penemuan mayat dalam keadaan terlentang itu menggemparkan penduduk kampung.

Kejadian berlaku di Kecamatan Cibinong, Kabupaten Bogor di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Cibinong, Pesuruhjaya Waluyo berkata, kejadian itu disedari penduduk kira-kira pukul 8.30 pagi apabila mayat seorang wanita ditemukan di kawasan sawah dalam keadaan terlentang.

Mayat mangsa dikenal pasti sebagai penduduk tempatan dan orang-orang kampung segera membawa jenazah untuk dikebumikan.

"Hasil siasatan mendapati, keluarga mangsa memaklumkan mangsa keluar rumah pada awal pagi dan mahu berjoging sekitar 6.30 pagi," katanya.

Bagaimanapun, keluarga mangsa enggan mayat wanita itu dibedah siasat.

Menurut keluarga, arwah mempunyai sejarah penyakit jantung dan menerima kejadian itu sebagai ketentuan takdir. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain