suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter terhempas di kawasan kampung, 3 anggota perubatan disahkan maut

Lokasi nahas helikopter jenis Mi-2.

EMPAT mangsa disahkan maut setakat ini dalam insiden helikopter terhempas di wilayah Kirov, Rusia pada Sabtu.

Helikopter jenis Mi-2 itu terhempas berhampiran kawasan desa Beleyenki, sekitar 700 kilometer (km) dari timur laut Moscow, ibu negara Rusia.

Merujuk kepada kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia, mangsa nahas dipercayai terdiri daripada seorang juruterbang, seorang doktor dan dua paramedik.

Punca nahas masih dalam siasatan dan akan dikongsikan kepada umum apabila tiba masanya.

Difahamkan helikopter model Mi-2 terbabit sudah berkhidmat selama 38 tahun, ia dihasilkan dari pertengahan 1960-an hingga akhir 1990-an. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain