suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu simbah anak dengan air, dihukum kerana nakal basahkan rakan-rakan sekelas

Seorang wanita menyimbah air kepada anakya sebagai hukuman. - Gambar Agensi

SEORANG wanita 'menghukum' anak lelakinya yang masih bersekolah rendah dengan menyimbah air dari tingkat dua di kediaman mereka.

Hukuman itu dilaksanakan selepas dia menerima aduan daripada seorang guru mengenai kelakuan anaknya yang menjirus air dan melemparkan kotak susu ke arah rakan-rakan sekelas.

Insiden yang berlaku di wilayah Zhejiang, China itu menarik perhatian hampir 6 juta tontonan menerusi rakaman yang dimuat naik di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus nak angkat tangan kalau anak buat hal... Ibu bapa boleh cuba teknik ‘time-out’ hukum si kecil

Dalam video yang tular, wanita tersebut tetap bertegas untuk meneruskan hukuman meskipun anaknya membantah.

Menurutnya, hukuman tersebut bertujuan untuk memberi pengajaran kepada anaknya supaya merasai apa yang dialami mangsa.

Dia turut berharap agar anaknya itu lebih memahami terhadap akibat daripada perbuatannya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain