suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar berdepan detik cemas! Ibu terbabit kemalangan, terperosok bawah kenderaan

Seorang pelajar menyelamatkan ibunya yang terbabit dalam kemalangan. Foto X

SEORANG pelajar perempuan menjadi perhatian apabila dia membantu mengangkat sebuah beca yang terbalik demi menyelamatkan ibunya yang terperangkap di bawah kenderaan tiga roda itu.

Insiden itu berlaku selepas beca tersebut melanggar wanita berusia 35 tahun, dan terperosok di bawah beca.

Detik cemas ini dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan klip tersebut kini tular di media sosial.

Kejadian berlaku di Kinnigoli di bandar Mangalore, India.

Tindakan pantas pelajar itu meraih pujiaan warga maya di media sosial.

Kejadian berlaku ketika si ibu dalam perjalanan untuk mengambil anak perempuannya dari pusat tuisyen.

Beca yang melanggar wanita itu terbalik dan menyebabkan mangsa dihempap beca yang dinaiki pemandu bersama seorang penumpang.

Dengan bantuan orang awam, pelajar berkenaan berjaya mengangkat beca tersebut dan menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.

Menurut laporan polis, ibu kepada pelajar itu mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital, manakala pemandu beca dan penumpang hanya cedera ringan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain