suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teringin tengok wajah jemaah wanita, pemuda kantoi menyamar pakai purdah masuk masjid

Seorang pemuda berjaya ditangkap selepas kantoi menyamar sebagai wanita di masjid di Makassar. -Gambar Serambinews

TAKTIK seorang pemuda yang menyamar dengan memakai tudung labuh dan berpurdah sebelum menyusup ke dalam ruangan solat wanita, akhirnya terbongkar selepas dia berjaya ditangkap oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, di Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad.

Pemuda yang berusia 28 tahun itu berjaya ditangkap ketika berada bersama-sama dengan jemaah wanita.

Ketua Polis Manggala, Makassar, Syamsuardi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pemuda berkenaan ditangkap oleh AJK masjid selepas dia menunjukkan tingkah laku dan pergerakan yang mencurigakan.

Hasil soal siasat, pemuda tersebut mengakui dia melakukan penyamaran kerana didorong rasa ingin tahu untuk melihat wajah jemaah wanita. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain