suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka hiasan di ruang tamu, tukang cuci terkejut 'patung' dalam botol rupanya dua mayat bayi

Bayi memerlukan penjagaan rapi untuk kekal sihat. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja pembersihan menemukan mayat dua bayi di dalam botol kaca di sebuah flat di Tuen Mun, Hong Kong.

Susulan penemuan tersebut, sepasang suami isteri telah ditahan pasukan polis pada Jumaat.

Menurut Pegawai Unit Jenayah Wilayah Utara Wilayah Baru negera tersebut, mereka masih menyiasat bagaimana dua bayi lelaki itu, yang kedua-duanya kelihatan berumur kurang dari setahun, meninggal dunia.

Ia berikutan tiada kecederaan yang jelas pada tubuh mangsa.

Malah katanya, bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

Mengulas tentang penemuan tersebut, ujarnya, pekerja tersebut telah diminta tuan rumah berkenaan untuk membersihkan kediaman selepas penyewanya berpindah.

Semasa melakukan tugasan, dia melihat terdapat mayat bayi yang direndam dalam cecair dan disimpan di satu sudut ruang tamu.

Tambahnya, suspek lelaki yang ditahan berusia 24 tahun merupakan seorang pekerja gudang manakala wanita, 22, bekerja dalam perhubungan awam.

Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki menghalang pengebumian mayat dengan cara sewajarnya. - RTHK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain