suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 wanita cetus drama tarik rambut di sekolah... Pengetua tumbuk guru, keluar kata kesat

Tangkap layar rakaman tular di sebuah sekolah.

KECOH di media sosial mengenai pergaduhan melibatkan seorang pengetua dengan seorang guru wanita di sebuah sekolah.

Pengetua wanita itu bukan sahaja menarik rambut guru berkenaan, malah mengeluarkan kata-kata kesat.

Insiden dilaporkan berlaku di sebuah sekolah swasta di Ghaziabad di Uttar Pradesh, India.

Mangsa dikenal pasti sebagai guru komputer di institusi tersebut.

Tindakan pengetua itu menggemparkan ramai selepas rakaman mengenai insiden dikongsi di media sosial sehingga tular.

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila mangsa dipecat selepas membuat laporan polis terhadap pengetua itu.

Bercakap kepada pemberita, mangsa berkata, dia mendapat tawaran kerja sebagai guru melalui agensi dan kini dipecat gara-gara membuat aduan tentang pengetua.

Menurut polis, mangsa menfailkan aduan pada 4 Mac lalu selepas kejadian dikatakan berpunca apabila dia diminta untuk mengajar di kelas pengetua.

Dia bagaimanapun enggan melakukannya kerana merasakan belum cukup layak untuk mengajar subjek tersebut. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain