suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri terkejut jumpa mayat suami tergantung pada pokok

Tindakan menggantung diri lazimnya dikaitkan dengan tekanan hidup. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dari Kupang, Nusa Tenggara Timur bertindak menggantung diri selepas mengetahui isterinya mempunyai hutang.

Mayat Markus Tamoes, 57, ditemui tergantung pada dahan pokok jambu di rumahnya oleh isterinya sendiri pada pagi Khamis lalu.

Menurut polis, ketika sedang menikmati makan malam pada malam sebelumnya, isteri mangsa memberitahu dia dihubungi seseorang yang menuntut hutang sebanyak 2.5 juta Rupiah (RM753) dan perlu dibayar segera.

Selepas menikmati makan malam, pasangan itu masuk tidur.

Namun keesokan paginya, si isteri mendapati Markus tiada di tempat tidur lalu bertindak mencarinya di sekeliling rumah.

Wanita itu terkejut apabila mendapati suaminya tergantung pada sebatang pokok jambu.

Dia kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. -Acehtribun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain