suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami kurung isteri selama 12 tahun, hanya beri kotak kecil untuk berak... Mangsa enggan lapor polis selepas berjaya dibebaskan

Seorang isteri dikurung oleh suaminya di dalam kediaman mereka.

POLIS berjaya menyelamatkan seorang wanita di Karnataka, India yang hidup dalam keadaan menderita selepas dikurung oleh suaminya selama 12 tahun.

Wanita berusia awal 30-an itu mendakwa dikurung di kediaman mereka dan hanya diberikan sebuah kotak kecil untuk digunakan sebagai sebagai tandas.

Menurut portal India Today, mangsa merupakan isteri ketiga yang memiliki cahaya mata dengan lelaki berkenaan.

Setelah diselamatkan, wanita itu diberi sesi kaunseling untuk mencari jalan penyelesaian masalah rumah tangganya.

Dia bagaimanapun enggan mengemukakan fail aduan kes terhadap suami dan memutuskan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.

Selepas diselamatkan, wanita itu hanya berkurung di dalam rumahnya sejak dua hingga tiga minggu lalu, kata seorang pegawai kanan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain