suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki disimbah air menggelegak selepas ‘prank’ rakan wanita di parti

Wanita terbabit membawa air yang menggelegak dari dapur rumahnya.

GARA-GARA kelakukan ‘prank’, seorang lelaki melecur teruk di bahagian muka selepas disimbah dengan air panas mendidih di sebuah parti.

Menerusi video tular, lelaki warga Rusia itu pada awalnya membaling ‘smoke bomb’ atau bom asap ketika wanita itu sedang memasak di dapur.

Berang dengan ‘gangguan’ yang dialami, wanita berkenaan yang juga tuan rumah membawa bekas berisi air mendidih dan terus menyimbah ke wajah lelaki berkenaan.

Susulan tindakan balasnya itu, lelaki berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, wanita terbabit bakal menghadapi pertuduhan jenayah. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain