suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Lelaki maut selepas buat terjunan bungee, alami sesak nafas

Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan tidak melakukan terjunan bungee. -Gambar hiasan The Star

AKIBAT tidak memaklumkan kesihatan diri dan penyakit yang dialami, seorang pelancong Jepun maut selepas melakukan terjunan dari Menara Macau di Perbandaran Macau, China.

Pelancong lelaki berusia 56 tahun itu meninggal dunia hanya beberapa jam kemudian selepas tidak sedarkan diri.

Difahamkan, dia melakukan terjunan dari platform lompat bungee tertinggi di dunia yang berketinggian 232.8 meter (764 kaki) pada Ahad yang mengakibatkan sesak nafas.

Dia dibawa ke Hospital Conde S. Januario untuk rawatan kecemasan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Di laman web mereka, Skypark oleh AJ Hackett, syarikat yang menjalankan lompat bungee dan tarikan lain di Menara Macau, menasihatkan pelanggan untuk memberitahu kakitangan mereka tentang sebarang masalah kesihatan yang dialami seperti jantung, hipertensi, diabetes dan prosedur pembedahan, sebelum menyertai sebarang aktiviti. - NDTV World

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain