suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar ulang alik tandas kantoi meniru, pensyarah dedah rancangan licik

Pelajar tidak dibenarkan meniru. -Gambar hiasan The Star

MENIRU merupakan satu kesalahan dan pelajar terlibat boleh dibuang kolej mahupun universiti.

Perkara sama berlaku terhadap 14 pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti yang didapati meniru ketika peperiksaan berlangsung.

Memetik laporan Mirror.co, kesemua mereka didapati menyalin jawapan palsu yang direka oleh pensyarah ketika peperiksaan berlangsung.

Segalanya bermula apabila, pensyarah terbabit ingin menangkap pelajar yang meniru dengan menyediakan soalan tipu pada bahagian B.

Mendapati soalan tersebut pelik, kebanyakan pelajar mengambil peluang untuk ke tandas, yang dipercayai untuk menggunakan telefon dan membuat carian jawapan bagi soalan tersebut.

Bagaimanapun sebilangan pelajar lagi memilih untuk tidak menjawabnya kerana hanya menyumbang lima markah daripada 100.

Selepas menanda soalan peperiksaan berkenaan, pensyarah terbabit memaklumkan soalan tersebut telah direka untuk menangkap pelajar yang meniru.

Malah dia sengaja mencipta senario bahawa terdapat individu yang bertanya tentang soalan tersebut, kemudian menjawabnya.

Susulan daripada itu, 14 pelajar terbabit mendapat markah kosong manakala yang tidak menjawab diberikan markah penuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain