suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja sehari temui ajal, rebah di kerusi ketika isteri sedang kira duit hantaran

Seorang pengantin lelaki dilaporkan maut secara mengejut ketika majis perkahwinannya.

AJAL boleh menjemput pada bila-bila masa tanpa mengira tempat.

Begitulah kisahnya apabila seorang pengantin lelaki di negeri Punjab, India dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinannya.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di media sosial, sepasang pengantin dirakam sedang duduk bersanding dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Sialkot.

Pengantin lelaki dilihat duduk dalam keadaan kurang selesa sementara pengantin perempuan mengira duit hantaran bersama keluarganya.

Dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan orang ramai sebelum dikerumuni pengantin wanita dan keluarganya untuk memeriksa keadaan.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa pengantin lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung. - ARY News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain