suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin dirasuk ketika majlis kahwin, minta diberikan bunga baru boleh pulih

Pasangan pengantin dirasuk ketika majlis perkahwinan mereka.

DETIK yang merinding bulu roma!

Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil disaksikan oleh suaminya ketika mereka menunggu untuk diarak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Ketika menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas sehingga menyebabkan tetamu majlis kebingungan.

Ada antara mereka yang cuba untuk menenangkan mangsa tetapi gagal.

Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari tetapi seorang wanita separuh usia bertindak menepuk badan lelaki tersebut.

Dia kemudian duduk di atas lantai dan dengan nada marah meminta diberikan sejenis bunga yang khusus.

Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi dan rasukan itu berakhir selepas kepala pengantin lelaki dan perempuan bersentuhan. kedua-dua mereka kemudian sedarkan diri. - TribunTrends.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain