suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak budaya buli rakan, salah laku... Sekolah pasang CCTV dalam bilik air pelajar! Rakaman terus kepada pengawal keselamatan

Tangkap layar rakaman CCTV yang terdapat di dalam tandas pelajar perempuan.

BILIK air merupakan salah satu tempat privasi untuk sesiapa sahaja.

Namun, baru-baru ini, sebuah sekolah di bandar Bolshoy Kamen di Rusia telah didapati memasang sistem pengawasan kamera di dalam bilik air perempuan.

Susulan daripada itu, pihak pengurusan sekolah dikritik hebat oleh ibu bapa mahupun pelajar.

Tambahan pula, perkara sama tidak dilaksanakan di bilik air lelaki.

Difahamkan, kamera yang dipasang bukanlah satu sebaliknya tiga buah yang diletakkan di setiap penjuru yang mana rakamannya disalurkan terus kepada pengawal keselamatan.

Menurut wakil sekolah terbabit, penggunaan kamera pengawasan berkenaan adalah untuk memastikan pelajar tidak bergaduh, merokok atau terlibat dalam aktiviti lain yang tidak dibenarkan di sekolah.

Mereka juga menegaskan bahawa pengawasan tidak melibatkan tandas, oleh itu ia secara teknikalnya bukan pencerobohan privasi.

Meskipun ramai yang mengkritik penggunaan kamera tersebut di dalam bilik air, namun ada juga yang memihak kepada pengurusan sekolah.

Bagi mereka pengawasan menggunakan kamera dapat menghindarkan pelajar daripada merosakkan sekolah yang baru diubah suai, budaya membuli rakan, merokok atau penyalah gunaan dadah. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain