suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bertudung diserang lelaki tidak dikenali! Suspek selamba 'berlalu' sambil tangan dalam poket

Wanita bertudung diserang seorang lelaki ketika berada di tepi jalan.

HANYA kerana mengenakan hijab, seorang wanita diserang oleh lelaki dari arah belakang.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut membaling serpihan bahan penurap jalan atau paving slab terhadapnya.

Difahamkan, serangan tersebut dipercayai bersifat perkauman.

Berdasarkan rakaman tular, wanita berkenaan sedang berdiri di sebatang jalan di Dewsbury, West Yorkshire, pada Selasa sebelum dia tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang menyerbu ke arahnya.

Lelaki tersebut dilihat membawa kepingan besar bahan penurap di kedua-dua tangan, sebelum melemparkannya ke kepala wanita itu.

Pun begitu, wanita terbabit sempat mengelak tepat pada masanya.

Dia kemudian melarikan diri dari penyerang ke arah dua orang yang melihat.

Penyerang berjalan pergi dengan sebelah tangan di dalam poketnya apabila wanita itu dilihat memegang sebelah kepalanya.

Polis West Yorkshire berkata mereka telah menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana disyaki melakukan serangan.

"Kami memberi jaminan kepada penduduk bahawa kejadian seperti itu akan diambil tindakan serius," katanya. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain