suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis... Lelaki OKU maut ditembak di kepala ketika sedang buat live TikTok

Rakaman CCTV dan siaran langsung TikTok yang dirakam ketika detik pembunuhan Pedro.

SEORANG lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) maut secara tragis apabila dia ditembak oleh individu tidak dikenali ketika sedang melakukan siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar 9.45 malam, 17 Oktober lalu, Pedro Luis Toala Rezabala, 33, atau lebih dikenali sebagai Lagrimita sedang bersiaran langsung di luar rumahnya yang terletak di Portoviejo, Ecuador.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan, Pedro ketika itu sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil bersiaran langsung.

Beberapa ketika kemudian, secara tiba-tiba dia dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal, dengan salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah Pedro.

Kemudian muncul pula lelaki ketiga dan menembak Pedro di kepala dari arah belakang sebelum mereka melarikan diri dari lokasi kejadian.

Seorang rakan yang bersama Pedro ketika itu sempat menyelamatkan diri.

Detik pembunuhan kejam itu juga disaksikan oleh pengikut yang mengikuti siaran langsungnya.

Berdasarkan laporan media tempatan, Pedro dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes rompakan, pengedaran dadah, keganasan dan memiliki senjata secara haram.

Tiga lelaki yang menjadi suspek kes pembunuhan Pedro masih belum dapat dikesan dan polis masih meneruskan siasatan. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain