suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi korban di Gaza... Wartawan juga guru sekolah al-Quran Malaysia maut ketika buat liputan

Muhammed Al-Salhi terkorban ketika membuat liputan konflik antara Palestin dan Israel.

KONFLIK yang sedang melanda Palestin dan Israel menyaksikan lebih 1,000 nyawa terkorban sejak Sabtu lalu.

Selepas pasangan suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama empat anak mereka dilaporkan terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin, terbaharu berita kematian seorang wartawan cukup membuatkan warga maya tersentak.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu'man Mazlan memaklumkan Muhammed Al-Salhi telah meninggal dunia semasa membuat liputan mengenai konflik melibatkan dua negara berkenaan, di Gaza.

Berita itu dimaklumkan Nu'man menerusi hantaran di aplikasi X.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Masjid dibiayai rakyat Malaysia musnah menyembah bumi dibom Israel, bantuan kepada Palestin diteruskan

Menurut Nu'man, Allahyarham bukan hanya sekadar wartawan, malah merupakan guru di sekolah al-Quran Malaysia yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza.

"As-Syahid, Muhammed Al-Salhi, seorang wartawan yang telah syahid dalam perang terkini bukan sekadar wartawan yang mengambil liputan perihal Palestin, tetapi beliau juga merupakan guru di Malaysia Quran School Gaza, sekolah yang dibina oleh para penyumbang Aman Palestin," tulisnya dalam perkongsian di laman sosial tersebut.

Berita tersebut mengundang rasa sayu dan hiba warga maya di negara ini yang turut bersedih dengan situasi yang menimpa umat Islam di Palestin.

"Kematian yang dicemburui. Alhamdulillah, gapai syahid dan syurga buatmu wahai pejuang.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun. By the way baru tahu ada proper sekolah Malaysia di Gaza ya... rasa bangga sangat dengan negara sendiri.

"Syurga untukmu wahai saudaraku," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain