suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diramal mati muda, wanita maut selepas makan coklat tukang tilik

Wanita maut selepas makan gula-gula coklat diberi tukang tilik.

GARA-GARA ingin membuktikan ramalannya tepat, seorang tukang tilik gipsi tergamak memberikan gula-gula coklat beracun kepada pelanggannya.

Susulan daripadanya, wanita Brazil berusia 27 tahun itu meninggal dunia kerana mengalami sakit perut yang kronik.

Fernanda Silva Valoz da Cruz Pinto jatuh sakit pada 3 Ogos lepas selepas mengalami sakit perut yang teruk, muntah-muntah, hidung berdarah dan air liur yang berlebihan.

Dia dikejarkan ke Hospital Santa Casa de Misericórdia, namun doktor tidak dapat merawat dan dia meninggal dunia pada awal pagi hari berikutnya.

Menurut maklumat awal yang diberikan oleh keluarganya, Fernanda ada menyatakan dia menerima gula-gula coklat daripada seorang peramal yang dikatakan gipsi di pusat Bandar Maceió yang juga telah meramalkan bahawa dia akan mati tidak lama lagi.

Dia bagaimanapun makan gula-gula tersebut pada hari yang sama seterusnya jatuh sakit dan mula mengalami gejala keracunan.

Kerana keluarga Fernanda telah memberitahu doktor bahawa dia juga menghidap ulser perut dan gastrik, yang simptomnya mungkin serupa dengan keracunan makanan, punca kematiannya disenaraikan sebagai 'belum jelas'. Bagaimanapun, selepas keputusan bedah siasat dibuat, wanita berusia 27 tahun itu didapati meninggal dunia akibat keracunan dengan bahan toksik.

Sejurus selepas laporan toksikologi keluar minggu lalu, Balai Polis Pembunuhan dan Perlindungan Peribadi (DHPP) memulakan siasatan terhadap kes pelik ini, tetapi peluang untuk benar-benar menemui sebarang petunjuk baharu adalah sangat tipis, berikutan jurang masa yang lama.

"Kisah luar biasa itu sendiri membawa sedikit kesukaran kepada penyiasatan," kata Lucimério Campos dari DHPP.

Bagi peramal gipsi yang didakwa memberikan gula-gula coklat kepada mangsa dan meramalkan kematiannya yang hampir pasti, itu masih hanya teori pada ketika ini. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain