suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Enam jejaka Palestin maut ditembak tentera Israel... Paling muda remaja 13 tahun parah di perut

Enam pemuda Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat.

SERANGAN yang dilakukan pergerakan Hamas di wilayah Israel pada Sabtu mengundang lebih banyak perlakuan ganas dan tidak berperikemanusiaan rejim zionis.

Terbaharu, zionis menembak mati enam pemuda Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di wilayah Tebing Barat.

Insiden menyayat hati itu berlaku ketika Hamas yang menguasai Genting Gaza membedil 5,000 roket ke wilayah Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, dua mangsa iaitu Mahmoud Bassem Akhmis dan Youssef Nader Suleiman Idris ditembak menggunakan peluru hidup semasa serbuan tentera Israel di al-Khalil (Hebron).

Dua pemuda dari Ramallah, Muhammad Awad Jarboua dan Amr Youssef Ibrahim Abed turut terbunuh apabila ditembak oleh tentera Israel.

Seorang lagi mangsa, Karam Nasser al-Aidi ditembak mati berhampiran pintu masuk bandar Ariha (Jericho).

Manakala, mangsa yang paling muda berumur 13 tahun, Ahmed Abdel Nasser Rabi, turut terbunuh apabila ditembak menggunakan peluru hidup oleh tentera Israel

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian perut semasa serangan di Qalqilyah. - Press TV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain