suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam bapa dengan anak! Gadis pilih lelaki ‘pangkat ayah’ sebagai suami, enggan ambil pusing kononnya kahwin kerana harta

Pasangan ini mempunyai jarak usia 34 tahun. -Tribunnews

KALAU sudah jodoh, usia tidak menjadi penghalang.

Begitulah juga dengan kisah pasangan suami isteri dari Bandung, Indonesia ini yang menjadi tumpuan warga maya gara-gara berbeza usia 34 tahun!

Pengantin perempuan yang dikenali Pebriyanti Hariansyah berusia 19 tahun memilih seorang lelaki berusia 53 tahun sebagai suami.

Dalam perkongsian di akaun TikTok miliknya @bybyhyy, Pebriyanti berkongsi momen hari bahagia saat disatukan dengan suaminya itu.

"Usia bukan suatu penghalang," tulis Pebriyanti pada salah satu videonya yang meraih lebih 7.7 juta jumlah tontonan.

Dalam perkongsian tersebut, Pebriyanti dan suaminya mengenakan persalinan raja sehari rona putih berkonsepkan adat Sunda.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir warga maya mengibaratkan pasangan berkenaan tidak ubah seperti bapa dengan anak.

Ada juga yang membuat kesimpulan kononnya Pebriyanti memilih lelaki berkenaan sebagai suami kerana harta semata-mata, namun gadis itu enggan mengambil pusing kata-kata orang. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain